Nama dan ciri-ciri Monokotiledon

Nama "monokotiledon" berasal daripada nama botani tradisi, iaitu Monocotyledones yang dirinya berasal daripada fakta bahawa kebanyakan ahli dalam kumpulan ini mempunyai satu kotiledon atau daun embrio dalam biji-bijinya. Ini adalah bertentangan dengan dikotiledon tradisional yang mempunyai dua kotiledon. Dari sudut pandangan diagnostik, bilangan kotiledon bukan suatu ciri yang mudah atau boleh diharap dengan sepenuhnya untuk membezakan monokotiledon daripada dikotiledon, disebabkan kotiledon hanya wujud pada tempoh yang amat singkat dalam kehidupan tumbuhan.apaBagaimanapun, monokot merupakan sebuah kumpulan tersendiri. Salah satu daripada ciri-cirinya yang ketara adalah bahawa bunga monokot mempunyai tiga bahagian atau bilangan angka kandungan tiga. Umpamanya, bunga monokotiledon biasanya mempunyai tiga, enam atau sembilan kelopak bunga. Banyak monokot juga mempunyai daun-daun yang mengandungi vena-vena selari.

Hypoxis decumbens L. dengan perigon monokot yang tipikal dan vena-vena daun yang selari